Welcome!

*|**|*Contoh Karangan UPSR: Guru yang saya sayangi, by Amirah Nurizzati
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Amirah Nurizzati
Title:Guru yang saya sayangi
2012-03-04 21:45
        Wajahnya sentiasa serius dan tegas terutamanya ketika mengajar kami di dalam kelas. Ada waktu-waktunya dia dapat diajak bergurau senda. Ketawanya memanjang. Kulitnya kuning langsat. Pakaiannya sentiasa kemas. Apabila marah, mukanya secepat kilat bertukar menjadi merah. Tidak ada seorang murid pun yang berani bersuara ketika itu. Namanya cikgu Nora Binti Nawawi, tokoh pendidik yang benar-benar kusayangi dan hormati.  
 
        Ketegasan Cikgu memang sesuatu yang amat luar biasa buatku. Beliau langsung tidak dapat bertolak ansur dari segi disiplin dan pelajaran. kedua-dua sifat ini amat menyenangkan hatiku.  
 
        Beliau berasal dari kampung. Sebab itulah sifat-sifat kekampungan beliau ketika mendidik murid amat menyenangkan hatiku. Dialah guru, tetapi sekaligus itu pula, dialah kawan. Sifat mudah didekati dan dirundingi sebagai kawan inilah yang menyebabkan aku sentiasa menemuinya ketika menghadapi sebarang masalah.  
 
        Dorongan dan galakan yang diberikannya begitu hebat. Beliau tidak suka melihat anak-anak murid duduk diam tanpa buku. Hidup ini seolah-olah penuh dengan buku dan bacaan. Jangan membuang masa begitu saja, begitulah bunyi nasihat yang selalu diberikannya.  
 
        Aku kagum dengan cara cikgu mengajar subjek Matematik. Banyak formula yang ditunjukkannya. Sebab itulah akhirnya aku pandai dan mendapat markah tinggi dalam mata pelajaran ini. Murid yang tidak suka akan Matematik juga boleh berubah menjadi suka kemudiannya.  
 
        Beliau juga banyak memberi bimbingan pelajar. Kelas tambahan diadakan pada hujung minggu, khususnya mata pelajaran Matematik. Cikgu Nora juga mengambil berat tentang disiplin murid.  
 
        Wahai Cikgu Nora, engkaulah pendidik yang paling aku sayangi. Kalau ada peluang untuk membuat pencalonan sebagai Tokoh Guru, sudah pasti engkaulah pilihan yang paling tpat buatku. Jasa dan pengorbananmu mendidik aku sehingga pintar bermain angka akan kukenang sampai bila-bila.
 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name