Welcome!

*|**|*Contoh Karangan UPSR: Gotong-royong di sekolah, by Diana CLH
Contoh Karangan UPSR
Name:Sabah Diana CLH
Title:Gotong-royong di sekolah
2012-02-10 09:03
         Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini telah melibatkan murid-murid, ibu bapa dan guru-guru. Tujuan mengadakan aktiviti ini adalah untuk membersihkan kawasan sekolah dan mengeratkan hubungan antara murid-murid, ibu bapa dan guru-guru.  
 
         Pada pukul 7.30 pagi, murid-murid, ibu bapa dan guru-guru turut berkumpul di padang sekolah. Guru Besar telah memberikan taklimat ringkas kepada kami. Selepas taklimat, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan.  
 
         Selepas dibahagikan kumpulan, kami pun beratur untuk mengambil alatan yang digunakan untuk bergotong-royong. Alatan yang digunakan untuk membersihkan kawasan sekolah ialah penyapu, cangkul, sabit, kain buruk, baldi, cat, berus dan sebagainya.  
 
         Setelah mengambil alatan yang digunakan, kami pun memulakan tugasan masing-masing dengan bersemangat. Saya dan rakan sekelas saya menyapu daun-daun kering. Murid-murid yang lain pula mencuci longkang dan mengutip sampah sarap. Ibu bapa dan guru-guru bertugas mengecat dinding dan memotong rumput. Ada juga yang menanam pokok bunga di persekitaran sekolah.  
 
         Bagi murid-murid Tahun 1 dan 2 pula bertugas menyapu lantai di dalam kelas. Ada yang mengelap tingkap dan ada yang memadamkan papan hitam. Selain itu, mereka juga menyusun meja dan kerusi di dalam kelas.  
 
         Pada pukul 12 tengah hari, semua kerja pun telah selesai. Pihak kantin telah menyediakan jamuan ringan untuk kami. Kami rehat sambil menjamu selera di kantin. Di samping itu, Guru Besar juga mengucapkan terima kasih kepada kami dan memuji kami rajin dan bekerjasama.  
 
         Selepas menjamu selera di kantin, kami pun pulang ke rumah dengan gembira. Kami berasa bangga kerana sekolah kami menjadi bersih dan cantik.  
 

 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name