Welcome!

*|**|*Contoh Karangan UPSR: Pengalaman Bercuti Di Cameron Highland, by S.Naga Narveen
Contoh Karangan UPSR
Name:Pulau Pinang S.Naga Narveen
Title:Pengalaman Bercuti Di Cameron Highland
2012-02-08 19:23
Pada hujung minggu yang lalu, ayah telah membawa saya dan keluarga bercuti ke Cameron Highland.Kami telah bertolak pada awal pagi ke sana.  
Ayah    memandu kereta dengan cermat kerana banyak kenderaan di lebuh raya.Ayah lebih berhati-hati semasa melalui jalan yang bengkang-bengkok seperti ular kena palumenuju ke destinasi.  
Kepenatan kami menempuh perjalanan yang jauh hilang apabila menghirup udara yang segar dan dingin.Kemudian,kami mendaftar masuk ke hotel penginapan.  
Selepas berehat dan makan tengah hari,ayah telah membawa kami mengunjungi ladang teh di Riglet.Saya dapat melihat beberapa oekerja memetik daun teh.Ibu telah membeli beberapa bungkus teh untuk buah tangan.  
Pada keesokkan paginya,kami terus melawat Ladang MARDI.Ramai pengunjung turut melawat di sini untuk melihat sayur-sayuran,buah-buahan dan bunga-bungaan ang ditanam di sini.  
Selepas itu,kami melawat ladang stawberi dan kaktus.Saya berpeluang memetik buah stawberi segar di ladang tersebut.  
Sebelum pulang,kami sempat membeli sayur-sayuran dan buah-buahan di pasar tani di situ.Saya rasa gembira dapat menghabiskan cuti bersama keluarga di Cameron Highland.                                                                                                    
 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name