Welcome!

*|**|*Contoh Karangan UPSR: aktiviti bergotong royong di sekolah, by anis shahira
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor anis shahira
Title:aktiviti bergotong royong di sekolah
2012-01-30 18:19
        Pihak sekolah akan mengadakan hari terbuka tidak lama lagi.Oleh sebab itu,pihak sekolah mangadakan aktiviti gotong-royong. Program ini melibatkan semua murid,guru,kakitangan sekolah dan ibu bapa.  
        aktiviti gotong-royong ini bertujuan untuk mencantikkan kawasan sekolah.Aktiviti ini dapat merapatkan hubungan di antara warga sekolah dan ibu bapa.Selain itu, program ini dapat menanam sikap sayang kepada sekolah. Menjaga kebersihan dan kaceriaan sekolah adalah tanggungjawab bersama.  
     Pada hari gotong-royong tersebut, kami semua hadir ke sekolah dengan pakaian sukan. Kami diarahkan untuk membawa peralatan seperti penyapu,kain buruk dan timba.Cangkul, parang dan gunting pokok disediakan oleh pihak sekolah.Bagi melancarkan perjalanan aktiviti tersebut, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan.  
     Kumpulan A dan B terdiri daripada Murid Tahap Satu dan Murid Tahap Dua.Mereka akan membersihkan kelas masing-masing seperti menyapu dan mengelap tingkap.Manakala kumpulan C terdiri dariada guru-guru dan ibu bapa.Mereka akan membersihkan longkang,menebas rumput, dan kawasan persekitaran sekolah.  
     Kami bergotong-royong dengan bersungguh-sungguh dan dalam    suasana ceria.Pihak kantin telah menyediakan minuman untuk kami sepanjang aktiviti gotong-royong itu.Bagi kumpulan yang telah selesai menjalankan tugas,mereka dengan sukarela membantu kumpulan lain.Gotong-royong ini berjalan dengan lancar.  
     Gotong-royong tersebut berakhir pada pukul 11.30 pagi.Sebelum pulang, kami semua menikmati jamuan di kantin sekolah.Saya berasa bangga apabila melihat kawasan sekolah bersih dan ceria.
 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name