Welcome!

*|**|*Contoh Karangan UPSR: Laporan Perkhemahan Pengakap, by Auni Nadhirah
Contoh Karangan UPSR
Name:Kedah Auni Nadhirah
Title:Laporan Perkhemahan Pengakap
2012-01-20 09:29
Laporan Perkhemahan Pengakap Daerah Kulim  
    Pada 23 himgga 25 Mei 2011 yang lalu,Persatuan Pengakap daerah Kulim dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Kulim telah menganjurkan aktiviti perkhemahan.Prkhemahan ini telah diadakan di Hutan Rekreasi Bukit Hijau,Kulim.    Aktiviti perkhemahan ini disertai oleh 60 anggota pengakap dari 10 buah sekolah rendah daerah Kulim.Para peserta perkhemahan ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Tujuannya adalah untuk melancarkan semua aktiviti yang diadakan.    Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang tiga hari tersebut.Antaranya termasuklah memasang khemah,membuat peralatan dan ceramah motivasi.Selain itu,aktiviti berbentuk pertandingan turut diadakan seperti pertandingan khemah paling kreatif,ujian kecerdasan fizikal,pertandingan kawad,dan sebagainya.Semua aktiviti yang diadakan ini dapat memupuk semangat bekerjasama,hormat-menghormati dan saling membantu dalam diri setiap peserta.    Selain itu,ceramah motivasi turut diadakan juga.Diharapkan ceramah motivasi yang diadakan ini dapat membentuk keperibadian yang mulia dalam diri murid.Pada malam sebelum berakhirnya perkhemahan ini,unggun api diadakan.Setiap kumpulan telah mengadakan pelbagai persembahan seperti lawak jenaka,menari,bernyanyi,boria dan sebagainya.    Pada keseluruhannya,matlamat perkhemahan ini tercapai.Para peserta banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan yang berguna melalui aktiviti perkhemahan ini.                      
 
Disediakan oleh,                                                                28 Mei 2011  
 
Auni Nadhirah  
{AUNI NADHIRAH BINTI AHMAD AMINUDDIN}  
Setiausaha,  
Jawatankuasa Perkhemahan Pengakap Daerah Kulim.
 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name