Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Pengalaman semasa banjir, by Miiko
Contoh Karangan UPSR
Name:Pulau Pinang Miiko
Title:Pengalaman semasa banjir
2012-01-04 22:19
     Sejak semalam hujan lebat turun tanpa henti. Penduduk kampung mulai gelisah. Paras air sungai juga kian meningkat. Oleh sebab suasana amat sejuk pada malam itu, aku tidur agak awal. Tiba-tiba aku terjaga daripada tidur.  
     Rupa-rupanya kakak mengejutkanku. Aku terpinga-pinga apabila melihat suasana di dalam rumah agak riuh. Kakak memberitahu aku bahawa banjir telah melanda.  
     Aku tergesa-gesa keluar dari bilik. Kelihatan ayah dan ibuku sibuk mengemaskan barang-barang yang berharga dan penting seperti sijil dan dokumen lain. Barang-barang itu terus dimasukkan ke dalam beg.  
     Aku turut membantu memindahkan barang-barang seperti televisyen ke tempat yang lebih tinggi. Kelihatan juga suasana di rumah jiran riuh-rendah. Mereka sibuk mengemaskan barang masing-masing.  
     Air sudah masuk ke dalam rumah. Adik kecilku yang tidak sedar apa yang berlaku, menangis dengan teresak-esak. Kakak dan saya segera memujuknya.  
     Kami sekeluarga berasa sungguh lega apabila pasukan penyelamat tiba. Kemudian, kami dibawa ke pusat pemindahan banjir. Keadaan di pusat itu penuh sesak oleh mangsa banjir. Suasana di situ agak bising.  
     Semua mangsa banjir kembali ke rumah setelah banjir surut. Kami bergotong-royong membersihkan rumah.
 

rishy, (2018-07-02 22:41)
bagus!
 
rishy, (2018-07-02 22:41)
bagus!
 
rishy, (2018-07-02 22:41)
bagus!
 
rishy, (2018-07-02 22:41)
bagus!
 
rishy, (2018-07-02 22:41)
bagus!
 
rishy, (2018-07-02 22:41)
bagus!
 
rishy, (2018-07-02 22:41)
bagus!
 
Show All Comments
Submit a comment:

Name