Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Ucapan Hari Lahir , by Andrya
Contoh Karangan UPSR
Name:Andrya
Title:Ucapan Hari Lahir
2011-12-21 20:54
            Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis,yang dihormati para hadirin dan rakan-rakan sekalian.Selamat sejahtera saya ucapkan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya kerana sudi mengadakan majlis istimewa ini.  
Para hadirin sekalian,  
            Hari ini bertarikh 16 Julai merupakan hari yang bersejarah dalam hidup saya kerana hari ini genaplah umur saya 11 tahun.Saya berasa cukup gembira dan terharu pada hari ini. Segala detik-detik hari ini akan saya rakamkan dan menjadi memori yang paling bermakna dalam hidup saya.  
            Harapan saya pada masa hadapan ialah ingin berjaya dalam peperiksaan UPSR.Oleh itu saya akan belajar bersungguh-sungguh dan akan mendapat keputusan yang cermelang dalam peperiksaan UPSR nanti.  
            Saya akan berusaha dengan gigih untuk mendapat apa yang saya idam-idamkan dalam hidup saya.Saya ingin menggembirakan kedua ibu bapa saya yang banyak melalui keperitan dalam membesarkan saya.  
Para hadirin sekalian,  
         Dengan ikhlas saya ingin mempelawa kalian semua untuk menjamu selera. Sekian terima kasih.  

 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name