Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Ibu Saya, by farah(shasha)
Contoh Karangan UPSR
Name:Sarawak farah(shasha)
Title:Ibu Saya
2011-12-11 18:30
Semua orang mempunyai ibu yang mereka sayangi.Begitu juga dengan diri saya.                                                          
             Orang yang saya sayangi adalah ibu saya.Beliau bernama Madinah Bt Abang.Ibu saya berumur 46 tahun.Ibu saya berambut pendek,berkulit cerah dan tinggi lampai.  
             Ibu saya seorang suri rumah tangga yang ringan tulang.Setiap hari,ibu saya akan mengemas rumah dan memasak untuk keluarga.Masakan ibu sungguh enak dan berkhasiat.Oleh itu,semua orang dalam keluarga sihat-sihat belaka.Rumah kami juga sentiasa bersih dan kemas.      
             Setiap hari,ibu akan menhantar dan membawa saya dan adik-beradik pulang dari sekolah.Beliau seorang yang prihatin dan mengambil berat tentang pelajaran saya.Ibu juga selalu menemani saya membuat ulangkaji.Oleh itu,pelajaran saya semakin maju.  
         Semasa saya jatuh sakit,ibu akan menjaga saya bagai menatang minyak yang penuh sehinga saya sembuh.  
            Pada cuti sekolah,ibu akan membawa keluarga makan angin ke luar negara untuk menambahkan pengalaman.  
            Ibu amat menyayangi saya.Saya berbesar hati kerana seorang ibu yang penyayang,bertanggungjawab,baik hati dan lain-lain.Saya akan belajar bersungguh-sungguguh untuk membalas segala jasa ibu.  

 

xdcgfdr, (2016-08-23 02:04)
gvy5rtfvg hart fd vcysrzsxtv ffy5yufr ubnfh
 
Submit a comment:

Name