Welcome!

Contoh Karangan UPSR: CUTI SEKOLAH SEMESTER., by NURHANISHA.
Contoh Karangan UPSR
Name:Pulau Pinang NURHANISHA.
Title:CUTI SEKOLAH SEMESTER.
2011-11-19 20:06
Hari pertama cuti sekolah pertengahan semester berlalu tanpa aktiviti menarik kecuali tidur.Aku bangun daripada tidur pada pukul 11.00 pagi.Tidak seperti hari biasa persekolahan kerana aku bangun pada pukul 5.30 pagi.Wah,seronok betul dapat tidur sepuas-puasnya walaupun ibu tidak senang dengan aktiviti pertamaku!  
Hari kedua,ketiga,dan keempat kuisi dengan aktiviti belajar menunggang basikal.Kebetulan sepupukan,Azwan dan keluarganya berkunjung ke rumahkusempena cuti sekolah.Selepas menolong ibu mengemas rumah,aku pun belajar menunggang basikal dengan Azwan yang menjadi guruku.  
Hari-hari seterusnya diisi dengan aktiviti percutian keluarga di Tanjung Piai,Kukup,Pontian.Ayahku sememangnya kaki pancing.Aku tidak melepaskan peluang mempelajari cara-cara memasang umpan daripada ayah.Kami menginap di calet selama empat hari tiga malam.Kami juga puas menikmati makanan laut yang segar di pekan Kukup.  
Minggu kedua percutian pula diisi dengan aktiviti mengecat rumah.Semua ahli keluargaku yang berjumlah enam orang bergotong-royong mengecat sama ada di bahagian luar atau di dalam rumah.            
 

Submit a comment:

Name