Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Faedah-faedah Menyertai Unit Beruniform, by Varthini Kesavan
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Varthini Kesavan
Title:Faedah-faedah Menyertai Unit Beruniform
2011-09-15 16:29
     Walaupun ibu bapa mengharapkan kita berjaya dalam bidang akademik,namun tidak bermakna penyertaan dalam unit beruniform,patut kita ketepikan.Kita jangan melepaskan peluang menyertainya kerana banyak faedah yang diperoleh.  
     Salah satu daripadanya boleh membentuk diri berdisiplin.Kita diminta mematuhi arahan,masa,dan semangat setia kawan yang semuanya mampu membentuk jati diri.Sifat-sifat ini jika dimanfaatkan dalam pelajaran pasti memberi kejayaan cemerlang dalam akademik.  
     Sebenarnya aktiviti yang dijalankan boleh membentuk sifat kepimpinan.Kita akan diberi peluang mengetahui kumpulan atau pasukan.Kesempatan ini memberi peluang untuk kita belajar menyediakan diri menjadi pemimpin pada hari muka.  
     Aktiviti yang dijalankan dapat melahirkan sifat berdikari.Jika menghadapi sesuatu masalah kita terpaksa cari jalan dan mengelakkan sifat suka cari tulang.Jika sifat ini menjadi amalan,apabila diberi tugas,tentu kita akan melaksanakannya dengan jayanya,bukan bagai melepaskan batuk di tangga.  
     Kegiatan ini sebenarnya bermakna kita memanfaatkan masa lapang kita.Sebagai calon UPSR,masa itu emas dan kita wajar menghargainya.Jika tidak kita mungkin bercampur dengan kutu embun atau muka tembok yang menyebabkan kita menjadi sampah masyarakat.  
     Selain itu,kita boleh menambahkan kenalan.Kenalan kita tidak terhad kepada sesuatu kaum,malah meliputi Melayu,Cina,India,ataupun Kadazan.Apabila ramai kawan,hasrat kerajaan membentuk perpaduan kaum akan mudah terlaksana.  
     Sesungguhnya,penyertaan dalam unit beruniform tidak akan mengganggu pelajaran kita.Jadi,jika ada dalam kalangan kita yang bersikap negatif,menjadi tanggungjawab kita menegur mereka.Teguran yang baik akan disambut dengan perasaan gembira.  
    
 

Submit a comment:

Name