Welcome!

Contoh Karangan UPSR: KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR, by liyaamalina
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak liyaamalina
Title:KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR
2011-09-11 17:10
KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR  
 
Pencemaran berlaku apabila komposisi udara atau air berubah hasil daripada aktiviti-aktiviti manusia dan proses alam sehingga menyebabkan kualiti air dan udara berkurang dan tidak dapat lagi berfungsi dengan baik.  
 
Selain itu, pencemaran air berlaku apabila berlaku perubahan keadaan di suatu tempat penampungan air seperti danau, sungai, laut dan air tanah akibat daripada aktiviti manusia. Pencemaran air akan menjejaskan keseimbangan ekosistem.  
 
Di samping itu, pencemaran udara berlaku apabila terdapat satu atau lebih kandungan fizik, kimia dan biologi di atmosfera dalam jumlah yang akan membahayakan kesihatan manusia, haiwan dan tumbuhan yang akan mengganggu estetika dan keharmonian. Malah pencemaran tanah adalah keadaan di mana bahan kimia buatan manusia masuk dan merubah persekitaran tanah semulajadi.  
 
Secara keseluruhannya didapati bahawa pencemaran ini wujud akibat daripada kealpaan manusia itu sendiri. Oleh itu, marilah kita sama-sama menjaga alam sekitar yang kita miliki ini agar kita tidak musnah akibat perbuatan kita sendiri.  

 

Submit a comment:

Name