Welcome!

Contoh Karangan UPSR: LAWATAN SAMBIL BELAJAR, by Izra
Contoh Karangan UPSR
Name:Putrajaya Izra
Title:LAWATAN SAMBIL BELAJAR
2011-09-04 19:02
                    Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Melaka  
 
        Pada 1 April 2010, Persatuan Kajian Tempatan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Melaka. Seramai 40 orang ahli persatuan tersebut telah menyertai lawatan itu. Rombongan tersebut turut disertai tersebut turut disertai oleh empat orang guru pengiring.  
          
        Lawatan ini diadakan adalah untuk mendedahkan para peserta dengan tempat-tempat menarik di Melaka. Selain itu, lawatan ini muga boleh menambahkan pengetahuan para peserta.  
 
        Apabila sampai di Melaka, tempat pertama yang kami lawati ialah Zoo Melaka. Sebelum masuk kami, terlebih dahulu membeli tiket. Kami dapat melihat pelbagai jenis haiwan yang terdapat di zoo tersebut. Antaranya ialah singa, harimau,zirafah dan sebagainya. Kebetulan pada masa itu diadakan persembahan gajah. Kami melihat gajah tersebut menari mengikut muzik. Penganjung juga berpeluang menunggang gajah.  
 
        Seterusnya kami ke Taman Mini Malaysia. Di taman tersebut terdapat contoh-contoh rumah tradisional masyarakat Malaysia. Antaranya rumah panjang di Sarawak, rumah Negeri Sembilan, rumah Melaka dan sebagainya. Kami juga dapat menyaksikan persembahan kebudayaan seperti tarian dan nyanyian.  
 
        Tempat terakhir yang kami lawati ialah Bandar Hilir. Di Bandar Hilir terdapat Kota A Famosa yang dibina oleh orang Portugis. Walaupun kota itu telah lama, tetapi masih kukuh. Kami juga sempat menaiki beca mengelilingi Bandar Hilir. Sebelum pulang, kami ke gerai menjual cenderamati. Kami membeli cenderahati untuk keluarga dan rakan-rakan sebagai kenangan.  
 
        Sessungguhnya lawatan ini banyak memberi manfaat kepada para peserta. Semoga program ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan.  
 
Laporan ini disediakan oleh,                                    5 April 2010.  
izra  
(NURUL HIZRAH AMIRA BINTI ABDUL RAHIM)  
Setiausaha Persatuan Kajian Tempatan,  
Sekola Kebangsaan Sri Melati.  
 
    
 

Submit a comment:

Name