Welcome!

Contoh Karangan UPSR: kebaikan mengikuti lawatan sambil belajar, by SITI NURFILZAH HANNAH BINTI HAMZAH
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor SITI NURFILZAH HANNAH BINTI HAMZAH
Title:kebaikan mengikuti lawatan sambil belajar
2011-09-03 21:02
             Kebanyakan sekolah sekolah di Malaysia sering mengadakan aktiviti lawatan sambil belajar.Antara tempat yang sering menjadi tumpuan ialah zoo,kilang-kilang dan  
sekolah berasrama.Dengan meyertai aktiviti ini,pelbagai faedah dapat kita peroleh.  
              
             Antaranya,kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan.  
Contohnya apabila kita meyertai lawatan ke Pusat Sains Negara.Dengan cara ini kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita tentang Sains.  
 
             Selain itu,kita juga dapat mengisi masa lapang .Oleh itu,kita tidaklah terjebak dengan gejala - gejala tidak sihat yang sering berlaku di luar sana.Contohnya,merempit,  
merokok dan melepak.  
 
             Di samping itu,kita akan dapat mengelakkan rasa bosan.Lebih-lebih lagi sekiranya kita jarang keluar      
bersiar-siar bersama-sama ibu bapa.Jika kita menyertai aktiviti ini,dapatlah kita melawat ke tempat-tempat yang tidak pernah dilawati.  
 
             Seterusnya,dengan mengikuti lawatan ssambil belajar juga,kita dapat merapatkan hubungan persahabatan dengan rakan-rakan kita.Contohnya dengan berkongsi bekal yang dibawa bersama rakan.Dengan cara ini,maka,ramailah orang yang beranggapan bahawa kita ialah seorang yang murah hati.  
 
             Akhir sekali,kita juga dapat menceritakan pengalaman kita dengan menghasilkan karangan.Pelbagai jenis karangan seperti laporan,surat kiriman tidak rasmi,berita dan catatan boleh digunakan untuk mengolah cerita kita.Di samping itu,karangan kita juga pastinya lebih mantap kerana kita sudah mempunyai pengalaman ke tempat tersebut.  
Sesungguhnya,memang terdapat banyak faedah dengan menyertai  
aktivi lawatan sambil belajar.Justeru,janganlah kita  
melepaskan peluang untuk mengikuti lawatan sambil belajar yang seringkali diadakan di sekolah.
 

Submit a comment:

Name