Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Laporan Hari Kanak-kanak, by HaIkal Bin Noes
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor HaIkal Bin Noes
Title:Laporan Hari Kanak-kanak
2011-08-21 15:15
LAPORAN SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SK SAUJANA IMPIAN (2)  
Pada hari Rabu yang lepas bersamaan 23 Ogos 2011,SK Saujana Impian (2) telah mengadakan sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah kali yang ke-9.Majlis telah diadakan di padang,dewan dan perhimpunan sekolah.Sambutan Hari Kanak-kanak kali ini telah dianjurkan oleh Yang Dihormati Pengawai Pelajaran Daerah Hulu Langat,Tuan Ali Bin Jol.  
Tujuan utama majlis diadakan adalah untuk menghargai jasa dan bakti murid-murid yang telah dicurahkan sepanjang sesi persekolahan di samping    dapat mengeratkan hubungan di antara warga-warga sekolah.Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Haji Abdul Syukor Bin Ujang selaku Guru Besar SK Saujana Impian (2) yang baru setelah pemergian Puan Azimah Binti Ibrahim.  
Sambutan Hari Kanak-kanak kali ini telah disertai sebanyak 1129 orang murid    yang memakai berbagai-bagai jenis pakaian seperti baju melayu,seluar slek dan lain-lain.Para guru juga tidak ketinggalan memakai pakaian corak batik yang bewarna biru bagi memeriahkan lagi sambutan pada hari tersebut.Sebelum majlis bermula,Guru Besar SK Saujana Impian(2),Tuan Haji Abdul Syukor Bin Ujang telah membacakan utusan yang diterima daripada Menteri Pelajaran Malaysia sempena sambutan Hari Kanak-kanak di Malaysia.  
Acara pertama pada hari tersebut iaitu pertandingan bola sepak telah bermula pada pukul 9.15 pagi.Acara telah disertai oleh wakil murid-murid lelaki daripada kelas masing-masing.Dalam acara ini,kelas 6 Neptun telah menjadi johan keseluruhan pertandingan kerana mempunyai beberapa orang    pemain yang pernah menjadi wakil sekolah dalam pertandingan bola sepakserta mewakili peringkat negeri.Beberapa acara yang lain juga turut diadakan seperti galah panjang,tenteng dan sepak takraw.Kesemua acara telah diadili oleh    Cikgu Iman selaku Ketua Panita Kokurikulum di SK Saujana Impian(2).  
 
 
Acara penyampaian hadiah dan sijil telah bermula pada pukul 11.30 pagi.Acara telah berlangsung di dewan sekolah SK Saujana Impian (2).Kesemua hadiah dan sijil telah disampaikan oleh Tuan Haji Abdul Syukor Bin Ujang selaku Guru Besar SK Saujana Impian(2) di atas pentas dewan sekolah.Antara pemenang-pemenang ialah Nuraiman Nazmi yang telah dinobalkan sebagai murid paling aktif dan cemerlang dalam kokurikulum dan akademik.Seterusnya ialah Haikal Bin Noes serta Hafiy Hamidi yang menerima pingat kebesaran sebagai orang paling sopan santun di SK Saujana Impian (2).Tidak lupa juga pemenang-pemenang dalam acara-acara yang telah berlangsung.  
Majlis telah berakhir pada pukul 12.00 tengahari.Sebelum bersurai,murid-murid dan para guru telah berkerjasama membersihkan kawasan sekolah seperti dewan dan padang sekolah.Murid-murid kelihatan amat gembira serta para guru setelah majlis tamat.Pihak sekolah mengharapkan agar sambutan pada tahun hadapan akan berlangsung dengan meriah juga.  
 
 
Laporan disediakan oleh, 27 OGOS 2011.  
……………………………………  
(HAIKAL BIN NOES)  
Murid kelas 6 Neptun,  
SK Saujana Impian (2).  

 

Submit a comment:

Name