Welcome!

Contoh Karangan UPSR: berkelah di tepi pantai, by nur farhana bt baharim
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur nur farhana bt baharim
Title:berkelah di tepi pantai
2011-08-08 20:40
    Salmi,Ruby,Azian dan Laili telah pergi berkelah di Pantai Batu Buruk pada hari minggu yang lepas.Mereka pergi dengan menaiki van yang dipandu oleh abang Laili.  
     Mereka pergi ke sana dengan membawa bekalan yang disediakan oleh ibu masing-masing.Lebih kurang jam 9.30 pagi mereka sudah tiba di Pantai Batu Buruk.Orang ramai sudah memenuhi kawasan pantai.Begitulah keadaan pantai tersebut apabila hujung minggu yang sentiasa dipenuhi dengan pengunjung.Mereka mencari tempat yang sesuai untuk beristirehat.  
     Selepa itu,mereka menukar pakaian mandi yang telah mereka bawa.Tanpa membuang masa,mereka terus mandi laut beramai-ramai.Sungguh seronok ketika dilambung ombak.Walaupun begitu,keselamatan diri diutamakan.  
    Tidak lama kemudian,mereka naik semula ke pantai untuk makan bekalan yang dibawa.Apabila perut sudah diisi,mereka menyambung semula mandi laut.  
    Hari sudah petang,mereka berkemas untuk pulang.Sampah sarap mereka buang ke dalam tong sampah yang disediakan.Mereka amat keletihan tetapi di mata masing-masing terpancar keseronokan.
 

Submit a comment:

Name