Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Faedah-Faedah membaca buku, by Sharifah Aina Haziqah
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Sharifah Aina Haziqah
Title:Faedah-Faedah membaca buku
2011-08-07 22:29
     Tabiat suka membaca ialah amalan mulia. Kita boleh membaca buku cerita, akhbar, buku pelajaran dan majalah. Bahan-bahan ini boleh dibeli di kedai atau dipinjam di perpustakaan.  
     Membaca boleh mengisi masa lapang. Masa yang berharga tidak dipersia-siakan. Membaca juga boleh menambah pengetahuan kita. Buku-buku pelajaran mengandungi maklumat baharu untuk kita.  
     Untuk mendapatkan hiburan, kita juga boleh membaca bahan-bahan bacaan ringan seperti majalah dan komik. Bacaan seperti ini dapat merehatkan pemikiran kita.  
     Oleh itu, membaca banyak faedahnya. Sebagai pelajar kita mesti tanamkan sikap suka membaca. Semakin banyak kita membaca, semakin banyak ilmu pengetahuan yang kita perolehi.
 

Submit a comment:

Name