Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Sesat di hujung jalan,Balik ke pangkal jalan, by Najmi 'Abid (SK Peserai)
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Najmi 'Abid (SK Peserai)
Title:Sesat di hujung jalan,Balik ke pangkal jalan
2011-08-06 20:36
Aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Peserai. Aku gemar berkawan dengan budak-budak nakal. Jika semua murid gemar menimba ilmu,aku memilih untuk ponteng sekolah dan mengamalkan budaya melepak di kafe siber.  
 
Pada suatu hari,aku ponteng sekolah. Aku bermandi-manda di sungai berdekatan. Aku belajar berenang daripada kawan-kawanku. Aku berasa seronok dan tenang di situ.  
 
Keesokan harinya,aku pergi lagi ke sungai itu. Sudah dua hari aku tidak pergi ke sekolah minggu ini. Ibu bapaku tidak tahu tentang hal aku kerana asyik mementingkan kerja. Tiba-tiba,kawanku tergelincir dari tebing sungai dan terjatuh lalu dihanyutkan arus sungai yang amat deras.  
 
Aku menjerit meminta tolong sekuat-kuat hatiku. Kawanku hamper lemas kerana tidak pandai berenang. Aku mencuba untuk menolong kawanku ,tetapi tanganku tidak terdaya untuk menyelamatkannya.  
 
Ada seorang lelaki yang kebetulan lalu di situ. Dia memanggil penduduk kampong untuk menolong kawanku. Penduduk kamping menarik kawanku ke tepi. Tetapi malangnya,kawanku sudah tidak bernyawa lagi.  
 
Aku sudah insaf atas segala kesilapan. Masih belum terlambat untuk aku berubah. Aku berjanji tidak akan mengulangi kesalahanku lagi. Jelaslah memang benar pepatah melayu mengatakan ‘sesat di hujung jalan,balik ke pangkal jalan.’  

 

Submit a comment:

Name