Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Wanita Lebih Baik Bekerja Daripada Tinggal Di Rumah., by aishah
Contoh Karangan UPSR
Name:Terengganu aishah
Title:Wanita Lebih Baik Bekerja Daripada Tinggal Di Rumah.
2011-07-21 17:36
             Yang dihormati, tuan pengerusi majlis, para hakim yang adil lagi bijaksana, barisan pembangkang  
yang dihormati, dan para hadirin sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.  
Sebagaimana yang diketahui, tajuk perbahasan kita pada hari ini ialah     Wanita Lebih Baik Bekerja  
Daripada Tinggal Di Rumah. Kami sebagi pencadang tetap menyokong tajuk ini.  
Hadirin sekalian.  
Pada masa kini, wanita dan lelaki ternyata berada pada tahap yang sama terutamanya daripada segi  
pendidikan. Wanita kini sudah mempunyai keupayaan untuk memegang sebarang jawatan yang  
dipertanggungjawabkan kerana mereka mempunyai kelayakan. Jadi, wanita ti dak perlu duduk di ceruk dapur  
sahaja.  
Saudara dan saudari.  
Sekiranya wanita bekerja, mereka boleh membantu menambahkan pendapatan keluarga. Bagi  
golongan suami yang berpendapatan rendah sudah tentu menghadapi masalah untuk menyara keluarga,  
terutamanya mereka yang hidup di bandar. Oleh itu, jika isteri bekerja, bebanan itu menjadi ringan.  
Selain itu, terdapat juga pekerjaan yang tidak sesuai dengan kaum lelaki seperti jururawat. Tugas ini  
mesti dijalankan oleh wanita kerana memerlukan sifat ketekunan, ke telitian, kegigihan, dan kesabaran.  
Jadi, sebelum saya menamatkan hujah saya, ingin saya tegaskan bahawa wanita lebih baik bekerja  
daripada tinggal di rumah. Sekian terima kasih.
 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name