Welcome!

Contoh Karangan UPSR: \"sebab-sebab kita perlu menghormati dan menyayangi guru\", by ahmad najmuddin bin alias
Contoh Karangan UPSR
Name:Terengganu ahmad najmuddin bin alias
Title:\"sebab-sebab kita perlu menghormati dan menyayangi guru\"
2011-07-16 15:21
    Guru merupakan insan yang banyak berjasa kepada kita.Tanpa guru,kita pasti tidak akan dapat menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran.  
    Guru umpama ibu bapa kita semasa berada di sekolah.Mereka    telah mengajar kita membaca dan mengira sejak dari tadika lagi.Guru juga sentiasa ingin melihat kita berjaya.  
    Guru telah banyak berkorban masa dan tenaga untu mendidik kita.Tugas guru bukanlah sesuatu yang mudah kerana guru perlu mengajar dan mendidik kita.Mereka tidak pernah mengharapkan balasan atas pengorbanan yang telah mereka lakukan.Juteru,kita perlu menghormati dan menyayanginya.  
    Sambil mengajar guru juga terpaksa mengawal murid-murid yang ramai.Mereka terpaksa melayan pelbagai kerenah murid-murid tanpa rasa jemu.Mereka mendidik murid-murid dengan bersungguh-sungguh tanpa membezakan anak muridnya.  
    Guru juga mempunyai sikap kesabaran yang tinggi dalam menghadapi kerenah murid-muridnya.Semasa berada di dalam kelas,terdapat murid yang nakal dan tidak membuat latihan yang diberikan.Kadangkala guru terpaksa memarahi murid-murid agar mereka menyedari kesilapan mereka.  
    sesungguhnya kerjaya guru amat mulia walaupun tidak menjanjikan kekayaan.Oleh sebab itu,hormati dan sayangilah guru-guru yang telah banyak berjasa kepada kita.  

 

Submit a comment:

Name