Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Sambutan Hari Kebangsaan, by princess
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor princess
Title:Sambutan Hari Kebangsaan
2011-07-10 16:13
                 Sambutan Hari Kebangsaan Sekolah Saya  
 
Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan sambutan Hari Kebangsaan. Majlis ini diadakan di dewan sekolah saya pada pukul 8.00 pagi. Dewan dihias dengan bendera negeri dan Jalur Gemilang.  
 
Tujuan sambutan Hari Kebangsaan adalah untuk menanam semangat patriotisme pada murid-murid. Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa. Majlis ini dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru. Selepas itu, Guru Besar dan Yang DiPertua Pengerusi PIBG memberi ucapan.  
 
Setelah itu, guru penolong kanan membaca perutu  
san Hari Kebangsaan. Murid-murid berdiri dengan tegak dan menyanyi lagu Negaraku dan lagu-lagu patriotik.  
 
Kemudian, banyak pertandingan diadakan seperti menghias kelas, menyanyi lagu-lagu patriotik dalam kumpulan, larian Hari Kebangsaan dan sebagainya. Murid-murid mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut bagi memeriahkan majlis Hari Kebangsaan.  
 
Guru Besar dan Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru memberi hadiah kepada pemenang.Kelas 6 Mutiara telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan menghias kelas.  
 
Sambutan Hari Kebangsaan telah tamat pada pukul 12.30 tengah hari.Setelah itu, murid-murid pulang ke rumah dengan berasa gembira. Walaupun penat, sambutan Hari Kebangsaan ini sungguh meriah. ‘1Malaysia Menjana Transformasi’.  

 

Submit a comment:

Name