Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Syarahan\"Kepentingan Ilmu Dalam Kehidupan\", by Del
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Del
Title:Syarahan\"Kepentingan Ilmu Dalam Kehidupan\"
2011-07-09 21:08
         Yang saya hormati,Tuan Pengerusi Majlis,para hakim yang bijaksana,Guru Besar,guru-guru dan rakan-rakan sekalian.Selamat sejahtera saya ucapkan.Terlebih dahulu,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan syarahan saya pada pagi yang mulia ini.Tajuk syarahan saya ialah "Kepentingan Ilmu Dalam Kehidupan".  
 
Hadirin yang dikasihi,  
         Ilmu dapat memberikan manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.Ilmu amatlah penting dalam kehidupan seseorang.Ilmu boleh diperoleh melalui pelbagai cara seperti belajar di sekolah dan universiti.  
 
         Ilmu membolehkan kita hidup dalam keadaan aman dan damai.Seseorang yang berilmu tidak akan bertindak sesuka hatinya.Mereka akan berfikir secara mendalam sebelum membuat keputusan.Contohnya,mereka boleh menilai yang baik dan yang buruk.Ilmu menjadikan kita seorang yang bijak dan berpengatahuan.Dengan itu,kita tidak akan mudah ditipu dan akan melahirkan masyarakat yang hidup aman dan harmoni.  
 
Hadirin yang dihormati,  
         Ilmu dapat meningkatkan taraf hidup kita dan boleh membantu kita pada masa depan.Dengan adanya ilmu,kita dapat mencari peluang pekerjaan yang baik.Melalui pekerjaan pula,kita akan dapat menanggung nafkah hidup dan tidak perlu bergantung kepada orang lain.Selain itu,kita juga boleh membantu keluarga dan kepuasan diri.  
 
         Ilmu mampu meningkatkan ekonomi negara yang kini kian melesat.Dengan ilmu,seseorang dapat meneroka pelbagai bidang baru.Orang yang berilmu akan sentiasa dipandang mulia.Jika seseorang itu tidak kedekut untuk berkongi ilmu,dia akan meendapat pahala yang baik.  
 
         Kesimpulannya,ilmu sangat penting dan berharga seperti wang ringgit dan emas.Oleh itu,semua orang wajib menuntut ilmu dan harus menimba ilmu sebanyak mungkin.  
Sekian,terima kasih.
 

muhd safwan nazeem, (2019-04-22 00:49)
Saya suka karangan awak
 
muhd safwan nazeem, (2019-04-22 00:26)
Saya suka karangan awak
 
affaf minhal, (2019-04-21 02:04)
saya suka karangan awak
 
affaf minhal, (2019-04-21 02:04)
saya suka karangan awak
 
Jo , (2017-04-05 04:47)
I like this essay
 
Nurul Elya Natasha , (2016-10-28 21:43)
😍😍😍😍saya bagi 98  
 

 
Elya, (2016-10-28 21:37)
Saya suka syarahan n
 
Show All Comments
Submit a comment:

Name