Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Sepandai-pandai Tupai Melompat,Akhirnya Jatuh ke Tanah Jua, by Clodyia anak Michael Collin S.K.S.U
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Clodyia anak Michael Collin S.K.S.U
Title:Sepandai-pandai Tupai Melompat,Akhirnya Jatuh ke Tanah Jua
2011-07-08 21:05
Susana yang tenang tiba-tiba bertukar menjadi gempar.Kes kecurian yang sudah tidak berlaku sejak dua minggu,kini berlaku lagi.Masing-masing ingin tahu siapa punya angkara.  
     "Silap saya juga kerana meninggalkan duit bayaran rombongan sebanyak RM10 di dalam beg.Saya memang tidak boleh serkap jarang siapa punya angkara,tetapi mungkin orang orang yang dekat dengan saya,"luah Cikgu Rizwan iaitu guru kauselling.Cikgu Nasir iatu guru disiplin mengetap bibir memikirkan tindakan yang bakal diambil.  
         "Saya kecewa keadaan ini boleh berlaku.Walaupun kes ini sedikit,bagai rambut dibelah tujuh,tetapi saya kesal dan marah sikap panjang tangan kalangan kita.Apa pun,kita mesti pastikan orang yang bersikap buruk ini dapat ditangkap,"balas Cikgu Nasir, selaku guru disiplin .  
            Rancangan pun diatur.Para pengawas dikerahkan menjalankan tugas seperti yang ditetapkan.Tiada seorang murid pun dibenarkan masuk ke bangunan,apatah lagi masuk ke kelas.Memang ada yang melanggar peraturan,tetapi apabila disebut nam Cikgu Nasir,merka tidak berani menbantah.  
             Hari pertama,kedua dan ketiga,berjalan dengan lancar. Pada hari keempat,seorang murid lelaki dalam keadaan mecurigakan melangkah masuk ke kelas menerusi belakang perpustakaan.Ketua pengawas ,Muzafar yang menyedari tindakan    murid lelaki itu segera mengekori dari belakang.  
                Dari sisi kelas 4 Zaitun ,Muzafar memerhatikan murid dari kelas 6 Delima itu sedang menyelongkar beg seorang murid.Ketika itulah Muzafar segera menangkap murid itu.Pergelutan berlaku,tetapi berakhir apabila Cikgu Nasir datang membantu dan mencekak baju murid yang dikenali dengan    Sanuri.  
                    Benarlah kata peribahasa ,"Sepandai-pandai tupai melompat ,akhirnya jatuh ke tanah jua."Peribahasa ini bermaksud seseorang ang melakukan kejahatan, akhirnya diketahui orang juga .Oleh itu,jangan sekali-kali mencuri harta orang lain.  
                      
                                                                                                                                                                                                                                                                                                            
 

Submit a comment:

Name