Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kepentingan Amalan Bergotong-royong, by Haikal Bin Noes
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Haikal Bin Noes
Title:Kepentingan Amalan Bergotong-royong
2011-07-08 02:09
Syarahan(Kepentingan Amalan Bergotong-royong)  
 
Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis,Guru Besar SK Saujana Impian 2,Yang berusaha guru-guru penolong kanan,guru-guru dan rakan-rakan yang saya hormati sekalian.Salam sejahtera saya ucapkan.Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata di atas pentas.Pada pagi yang mulia ini,saya ingin menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk”Kepentingan Amalan Bergotong-royong”.  
 
Hadirin sekalian,  
 
Amalan bergotong-royong merupakan satu amalan yang amat penting dan harus diamalkan selalu dalam kehidupan seharian kita.Hal ini kerana amalan bergotong-royong mempunyai pelbagai kepentingan dan manfaatnya.Antaranya,amalan bergotong-royong dapat mempermudahkan kerja seseorang dalam melakukan sesuatu pekerjaan.Sebagai contoh,kerja-kerja membersihkan halaman sekolah memerlukan ramai orang dan perlu dilakukan secara berkumpulan.Secara tidak langsung,kerja-kerja yang berat akan menjadi lebih mudah di samping dapat mengeratkan hubungan siratulrahim antara warga sekolah.  
 
Selain itu,amalan bergotong-royong juga dapat memupuk sikap berkerjasama dalam diri seseorang khususnya kepada golongan kanak-kanak.Misalnya,anggota masyarakat boleh memupuk sikap tolong-menolong dalam diri golongan masyrakat yang lebih muda.Secara tidak langsung,lebih banyak manfaat yang akan diperolehi oleh anggota masyrakat tersebut.  
 
 
Para hadirin yang dihormati sekalian,  
 
Di samping dapat mengeratkan hubungan dan memupuk sikap berkerjasama,amalan  
-bergotong-royong    juga dapat mencegah penyakit-penyakit yang berbahaya seperti AIDS.denggi dan malaria.Hal ini kerana amalan bergotong-royong dapat membersihkan kawasan persekitaran yang kotor dan sesuai untuk pembiakan haiwan-haiwan pembawa penyakit seperti lalat,nyamul Aedes,lipas dan tikus rumah.Selain dapat menghalau bilangan haiwan pembawa penyakit,ia juga dapat mengurangkan bilangan pesakit di hospital yang menghidapi penyakit-penyakit berbahaya tersebut.  
 
Seterusnya,amalan bergotong-royong juga dapat memberi peluang kepada golongan muda yang kebanyakkanya suka membuang masa untuk    menyertai kegiatan bergotong-royong yang dijalankan di sesebuah kawasan perumahan dan mengisi masa lapang mereka.Hal ini kerana amalan bergotong royong perlu dilakukan secara berkumpulan dan memerlukan ramai penduduk untuk dilakukan.Secara tidak langsung golongan-golongan seperti ini akan lebih menghargai masa dengan melakukan perkara yang berfaedah dan akan lebih berdisiplin.  
 
Kesimpulannya,jelaslah bahawa amalan bergotong-royong mempunyai banyak kepentingan dan faedahnya.Kita tidak akan rugi jikalau tabiat bergotong-royong dipupuk dalam diri kita sejak kecil lagi bak kata pepatah melayu”melentur buluh biarlah dari rebungnya”.Sekian sahajalah syarahan saya pada pagi ini,saya sudahinya dengan ucapan terima kasih.  

 

Submit a comment:

Name