Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Hari Sukan Tahunan , by Norfatehah Esham
Contoh Karangan UPSR
Name:Melaka Norfatehah Esham
Title:Hari Sukan Tahunan
2011-07-08 00:48
         Pada minggu lepas,SK Sungai Tuang telah mengadakan Hari Sukan Tahunan.Hari sukan itu diadakan pada 24 jun 2011 iaitu pada hari jumaat.Ia dijalankan di padang sekolah SK Sungai Tuang.Ia bermula pada pukul 2:30 petang.  
         Tujuan hari sukan ini diadakan ialah untuk    mencungkil bakat murid dalam bidang sukan disamping melaksanakan aktiviti tahunan sukan.  
            Sebelum hari sukan diadakan,acara raptai perbarisan,latihan senamrobik dan persiapan memasang khemah rumah sukan telah diadakan.Acara sukantara dan acara akhir padang juga dijalankan.Semua murid rumah sukan dan guru-guru rumah sukan masing-masing telah terlibat melaksanakannya.  
             Semasa kejohanan hari sukan dijalankan,ia dimulakan    dengan acara perbarisan rumah-rumah sukan danbacaan ikrar kejohanan oleh ketua kontinjen iaitu Muhammad Ammar bin Samsuri.Ucapan perasmian Hari Sukan Tahunan telahdisempurnakan oleh Tuan Haji Bahar bin Jaafar iaitu Yang Dipertua IbuBapa dan Guru(PIBG)Sk Sungai Tuang.  
             Antara acara pada hari itu ialah acara lari 100 meter,lari 200 meter,lari 4x 100 meter dan sukaneka untuk murid-murid.Acara untuk guru dan ibubapa juga diadakan.Selain itu, acara teka kacang juga dijalankan bagi memeriahkan hari sukan tersebut.  
                Setelah hari sukan itu selesai dijalankan,semua murid berkumpul dalam rumah sukan.Acara penyampaian hadiah diadakan.Pada tahun ini olahragawan dianugerahkan kepada saudara Ammar manakala olahragawati dianugerahkan kepada saudari Nur Hamizah.  
                 Majlis tamat pada pukul 6:30 petang.Sebelum pulang guru-guru dan ibubapa bergotong-royong mengemaskan kawasan padang sekolah.Semua    murid pulang dengan gembira tetapi ada sedikit penat.
 

Submit a comment:

Name