Welcome!

Contoh Karangan UPSR: syarahan~disiplin asas kecemerlangan pelajar~, by Nurhana Yasmin
Contoh Karangan UPSR
Name:Kedah Nurhana Yasmin
Title:syarahan~disiplin asas kecemerlangan pelajar~
2011-06-30 04:15
Assalamualikum Warahmatullah.Yang mulia peneraju majlis, barisan panel hakim yang arif lagi adil, penjaga masa yang setia, para guru, seterusnya hadirin hadirat nadi penggerak wawasan.Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan pidato yang bertajuk "Disiplin Asas Kecemerlangan Pelajar".  
 
Hadirin hadirat yang dimuliakan,  
    Pelajar berdisiplin sudah pasti mempunyai etika diri yang berkualiti dan mapan.Setiap perancangan akan dilaksanakan dengan penuh istiqamah tanpa jemu.Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangakal lengan.  
 
Hadirin hadirat yang dihormati  
    Disiplin yang tinggi mampu membendung pelajar daripada terjebak dangan gejala sosial.Melentur buluh biarlah dari rebungnya.Penerapan disiplin yang tinggi sejak di bangku sekolah lagi mampu mengatasi gejala sosial seperti merokok,bergentayangan di pasaraya dan merempit di jalan raya.Memetik kata-kata pakar motivasi, Dato Doktor Fadzilah Kamsah dalam bukunya yang berjudul "Ke Arah Membina Pelajar Cemerlang"ada menyebut bahawa melalui disiplin yang tinggi minda peljar dapt dibendung daripada berfikiran negatif, seterusnya dapat mencegah mereka daripada terjebak dengan gejala sosial, sekali gus memangkin kecemerlangan pelajar.  
 
Hadirin yang dikasihi  
    Pelajar berdisiplin mengamalkn nilai-ilai murni dalam kehidupan seharian mereka. Amalan nilai-nilai yang    terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara seperti berhemah tinggi, kerjasama dan ketekunan yang berterusan akan melahirkan insan yang syamil dn kamil serta dapat mengaharumkan nama negara di persada dunia.  
 
Hadirin sekalian,  
    Konklusinya, marilah kita sama-sama berganding bahu, bagai aur dangan tabing bagi merealisasikan usaha murni kerajaan untuk melahirkan golongan intelek yang bersahsiah tinggi.  
 
Sekian,terima kasih.  
    
 

Submit a comment:

Name