Welcome!

Contoh Karangan UPSR: pengalaman pergi ke pusat membeli-belah, by Angelika Angeline
Contoh Karangan UPSR
Name:Sarawak Angelika Angeline
Title:pengalaman pergi ke pusat membeli-belah
2011-06-28 15:36
 
Pada hari minggu yang lalu, aku mememani ibu ke sebuah beli-belah di ibu kota. Pusat beli-belah itu tersergam indah. Apabila kakiku melangkah ke pusat beli-belah itu, aku dapat merasakan udara yang nyaman.  
Mataku memandang ke kawasan sekitar. Banyak pengunjung yang berada di pusat beli-belah itu. Mereka sibuk meneliti dan memilih barang yang ingin dibeli. Ada yang sedang beratur di kaunter pembayaran.  
Barang-barang di pusat beli-belah itu, tersusun dangan kemas. Ada pakaian fesyen terbaru dipakaikan pada beberapa patung di situ. Jurujual-jurujual yang ditempatkan di beberapa bahagian sedang sibuk menjalankan tugas. Mereka melayan para pembeli dengan baik.  
Ibu mengajak aku ke bahagian pakaian kanak-kanak. Ibu membeli beberapa pasang baju umtuk aku dan adik-adikku. Setelah itu, kami ke bahagian barangan dapur untuk mebeli beberapa barang pula.  
Sepanjang berada di pusat beli-belah, mataku asyik memperhatikan kawasan sekeliling. Ada berasa seronok melihat barang-barang yang dipamerkan dan melihat gelagat orang-orang yang berkunjung ke sini.  
Setelah sejam berada di sini, semakin banyak orang yang berada di sini. Ibu menajak aku beratur di kaunter pembayaran. Kami membawa barang-barang meruni tangga bergerak lalu keluar dari pintu besar.  

 

Submit a comment:

Name