Welcome!

Contoh Karangan UPSR: keburukan penebangan hutan, by Asyraaf Aiman
Contoh Karangan UPSR
Name:Pulau Pinang Asyraaf Aiman
Title:keburukan penebangan hutan
2011-06-27 01:34
Hutan adalah kawasan yang sangat bernilai untuk kita dan generasi akan datang.Kebanyakan kawasan hutan telah ditebang untuk tujuan pembangunan dan pembalakan.Kegiatan ini mengakibatkan kemsnahan alam sekitar yang teruk.  
 
     Penebangan hutan yang tidak terkawal menyebabkan berlakunya tanah runtuh .Hal ini kerana cengkaman akar-akar pokok pada tanah sudah tidak kuat lagi.Apabila hujan lebat turun akan memburukkan lagi keadaan.Fonema tanah runtuh mengakibatkan banyak harta musnah dan nyawa terkorban.  
 
        selain itu hutan merupakan habitat pelbagai jenis haiwan.Ekoran itu,haiwan-haiwan tersebut terpaksa memasuki kawasan kampung untuk mendapatkan makanan.Keadaan ini menyebabkan nyawa penduduk kampung terancam  
Hutan juga menjadi kawasan tadahan hujan semakin berkurangan.Tanah juga mudah terhakis apabila hujan turun menyebabkan sungai menjadi kotor.Ekoran itu,berlaku pencemaran sungai yang menjadi sumber air untuk kegunaan seharian.  
     Tumbuh-tumbuhan hijau merupakan pembekal gas oksigen untuk pernafasan.Penebangan hutan akan mengurangkan oksigen di udara.Ketiaadaan tumbuh-tumbuhan juga menyebabkan gas karbon dioksida di udara tidak dapat diserap.lapisan ozon semakin menipis kerana suhu bumi yang semakin meningkat.  
     Oleh sebab itu,penebangan huttan perlu diminimakan kerana hutan adalah penyumbang gas oksigen.Pemuliharaan hutan akan dapat mengelakkan haiwan pupus.Sayangilah hutan demi kebaikan kita pada masa hadapan  

 

Submit a comment:

Name