Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Perhimpunan Rasmi Di Sekolah Saya, by Norliza
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Norliza
Title:Perhimpunan Rasmi Di Sekolah Saya
2011-06-19 20:50
    Perhimpunan rasmi disekolah saya diakan pada setiap hari Isnin.Apabila loceng dibunyikan pada pukul 7.15 pagi,murid-murid berkumpul di Dataran Semarak.Murid-murid beratur dengan tertip dan dikawal oleh para pengawas.  
    Selepas bacaan doa murid-murid dan guru-guru akan menyanyikan lagu Negaraku,Bangsa Johor dan Lagu Sekolah.Pengawas yang bertugas akan menaikkan bendera semasa lagu tersebut dinyanyikan.Ia diikuti dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh ketua murid.  
    Apabila ikrar selesai dilafazkan,guru bertugas mingguan akan menyampaikan laporan dan ucapan.Pelbagai teguran dan isu semasa yang disampaikan oleh guru tersebut.  
    Aktiviti sepanjang mingguan tersebut turut diumumkan agar dapat diketahui oleh semua murid.Ia diikuti dengan penyampaian hadiah pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas serta pertandingan-pertandingan lain.  
    Sebelum majlis perhimpunan berakhir,guru besar akan menyampaikan ucapan.Beliau akan menasihatkan murid-murid supaya belajar bersungguh-sungguh. Beliau turut mengingatkan murid-murid agar sentiasa mematuhi peraturan sekolah dan menjaga disiplin diri.  
     Perhimpunan rasmi ini diakhiri dengan nyanyian lagu patriotik.Apabila majlis perhimpunan ini selesai pada pukul 7.50 pagi,murid-murid beratur menuju ke kelas masing-masing.  
 

 

Pechahi , (2018-03-31 20:21)
Terima kasih
 
jay bharathi a/p loganthant, (2017-04-02 15:46)
bagus kamu bt karangan ini kerana cikgu suruh kami salin karangan sendiri 10 karangan jadi terima kasih untuk kamu harap kamu lulus dalam peperiksaan ini semoga berjaya
 
PENNY INSIT AK BUJING, (2017-03-31 14:02)
BAGUS TAPI BUKAN TAK BAGUS CUMA EJAAN SAHAJA SALAH  

 
PENNY INSIT AK BUJING, (2017-03-31 14:02)
BAGUS TAPI BUKAN TAK BAGUS CUMA EJAAN SAHAJA SALAH  

 
, (2017-03-27 02:37)
:O
 
Puteri, (2017-03-06 01:03)
Karangan yang bagus tetapi ada beberapa ejaan yang salah
 
Puteri, (2017-03-06 01:03)
Karangan yang bagus tetapi ada beberapa ejaan yang salah
 
safwan@epoh, (2017-01-31 16:04)
i love the essays cuma ejaan ade la yang salah ikit
 
safwan@epoh, (2017-01-31 16:04)
i love the essays cuma ejaan ade la yang salah ikit
 
Che Nur Amira, (2017-01-08 21:47)
Kemas je perkataan...tpimng ade salah ejaan
 
Nurin, (2016-08-04 00:21)
Bagus tu bagus tapi ada ejaan yg salah
 
Submit a comment:

Name