Welcome!

Contoh Karangan UPSR: faedah menghargai masa, by julia nadirah jemain
Contoh Karangan UPSR
Name:Kedah julia nadirah jemain
Title:faedah menghargai masa
2011-06-14 21:09
        Masa itu amat berharga. Masa yang berlalu tidak dapat diganti.Oleh itu, rancanglah aktiviti seharian dengan bijak supaya masa tidak terbuang dengan sia-sia.  
        Antara cara untuk mengasi masa lapang dengan berfaedah adalah dengan menceburi hobi yang mendatangkan manfaat kepada kita. Misalnya hobi mengumpul setem,wang syiling dan lencana. Masa yang digunakan untuk aktiviti sebegini akan meningkatkan pengetahuan kita dan juga menambahkan kenalan baru.  
        Masa yang terluang juga boleh diisi dengan bersukan dan beriadah. Banyak aktiviti sukan yang boleh dilakukan seperti berjogng,bermain futsal dan bermain badminton. Melalui aktiviti ini, badan kita akan berpeluh dan sihat.  
        Selain itu, kita boleh mengisi masa lapang dengan melawat tempat-tempat yang berinformasi dan bersejarah. Contohnya kita boleh melawat muzium,zoo dan pusat sains. Tempat-tempat begini boleh mendatangkan faedah dan bermanfaat kepada kita.  
        Di samping itu, masa yang terluang juga boleh diisi dengan membaca. Banyak bahan bacaan yang sesuai    boleh kita baca seperti buku cerita,majalah dan novel. Aktiviti sebegini boleh menambah ilmu pengetahuan dan mematangkan minda kita.  
        kesimpulannya masa yang terluang mesti digunakan dengan bijak. Kita mesti melatih diri supaya dapat menguruskan masa dengan baik dan oleh itu masa tidak akan terbuang begitu sahaja.  
      
        
 

Submit a comment:

Name