Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah juga, by Fadhilah zainy
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Fadhilah zainy
Title:Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah juga
2011-06-12 21:34
    "Apa yang hendak kau takutkan,Ganesh.Semua kawan kita sudah boleh menunggang motosikal.Engkau bawalah motosikal ayah kau itu diam-diam.Ayah kau bukannya tahu",pujuk Subra.Ganesh terdiam sejenak."Mmm..ada benarnya kata-kata Subra itu.Kalau aku bawa pun,bukannya ayah tahu",fikir Ganesh.Sebenarnya dia sudah lama berkeinginan untuk menunggang motosikal seperti kawan-kawannya yang lain.Dia berasa malu kerana dia seorang sahaja dari kawan-kawannya tidak pernah dan tidak pandai menunggang motosikal.  
 
    Bahkan dia juga berasa malu kerana remaja-remaja yang lain di kampung yang seusia dengannya sudah pandai menunggang motosikal dan ada juga yang sudah memiliki motosikal sendiri.Tidak seperti dia."Aku tetep juga akan menunggang motosikal ",nekad Ganesh."Hei kawan.Apa yang engkau hendak tunggu lagi?Lekaslah ambil kunci motosikal ayah kau.Nanti dia sudah balik,engkau juga yang tidak dapat merasa menunggang motosikal",Subra cuba mempengaruhi Ganesh.Ganesh dengan pantas mengambil motosikal ayahnya.Tidak sampai seminit,dia keluar dari rumah sambil memegang kunci motosikal.  
 
    Selepas itu,dia menghidupkan enjin motosikal."Bagaimana ni Subra?Aku memang tidak pandai menunggang motosikal",kata Ganesh dengan penuh simpati."Tidak mengapa.Apa yang hendak engkau risaukan?Aku kan ada."balas Subra lantas mengajar kawannya menunggang motosikal.  
 
    Setelah hampir tujuh kali dia menunggang,akhirnya dia pandai juga.Kawan-kawannya hanya tersenyum sambil memerhatikan Ganesh."Wah,aku sudah pandai menunggang motosikal.Bisik hati kecil Ganesh.Selain pandai menunggang motosikal,Ganesh juga sudah pandai memecut.  
 
    Oleh kerana Ganesh sudah pandai menunggang motosikal,Subra dan kawan-kawannya mengajak Ganesh mengelilingi kawasan kampung sambil menunggang motosikal.Pada mulanya,dia tidak mahu mengikut mereka kerana takut diketahui oleh ayahnya."Ah!Kalau engkau tidak mahu ikut,engkau juga yang rugi.Engkau memeng penakut Ganesh."Kata-kata Subra itu membuatkan Ganesh berasa dirinya tercabar.  
 
    Dia tidak mahu kawan-kawannya menganggap bahawa dia seorang yang penakut dan tidak berani.Akhirnya Ganesh mengikut ajakan meraka.Memang seronok dapat mengelilingi kawasan kampung dengan menuggang motosikal.Malah kadang-kadang mereka memecut sesama sendiri.  
 
    Tetepi memang benarlah kata pepatah,'sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah juga.Ayahnya terserempak dengan Ganesh ketika ayahnya sedang pulang dari kebun.Ayahnya berasa amat marah lalu menahan motosikal yang ditunggangi Ganesh di tengah jalan.Ganesh kaget.Manakala kawan-kawannya pula sudah memecut laju.  
 
    Dengan tali pinggang,ayahnya mumukul Ganesh beberapa kali sehingga Ganesh sendiri berasa malu menjadi bahan tontonan anak-anak kampung.Ganesh berasa serik dan amat menyesal.Dia berjanji kepada ayahnya.Dia tahu ayahnya sayang pada dia.Dia juga tahu ayahnya risau akan keselamatannya.  
 

 

Submit a comment:

Name