Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Amalan Menabung, by Adrian
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Adrian
Title:Amalan Menabung
2011-06-12 20:52
Dalam meniti kehidupan yang materialistik dan individualistik pada era  
globalisasi ini, sifat menabung dapat menjamin masa depan kita. Orang  
yang mengabaikan amalan ini diumpamakan orang yang menagak cabaran  
pada hari muka. Realitinya, peribahasa Melayu ada menjelaskan bahawa  
“sediakan payung sebelum hujan”.  
Antara kebaikan-kebaikan menabung adalah dapat mendisiplinkan diri kita.  
Kesabaran dan kesanggupan berkorban demi masa depan menjadi titik tolak  
seseorang menabung. Wang tabungan dapat mengekang diri kita daripada  
lalai dalam merancang masa hadapan. Disiplin diri yang terbentuk dalam  
amalan menabung dapat diaplikasikan dalam kehidupan sehari-hari.  
Ringkasnya, menabung merupakan rencah untuk mengawal diri daripada  
memboros.  
Selain itu, melalui amalan menabung kita dapat memupuk pemikiran yang  
mengapresiasi kesusahan mencari wang. Ibu bapa yang bekerja siang dan  
malam “bagai lebah mengumpulkan madu” demi membiayai kos kehidupan  
yang meningkat harus kita sedari. Baki wang saku yang diberi mestilah  
dimasukkan ke dalam tabung. Apabila kita memerlukannya pada kala  
kecemasan, pertolongan orang lain tidak diperlukan. Oleh sebab itu, nilai  
berdikari dapat ditanam di samping mengetahui setiap sen merupakan hasil  
titik peluh dan keringat yang bermakna.  
Sebagai konklusi, kita sewajarnya menjadikan amalan menabung sebagai  
rutin kehidupan. “Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis” merupakan kata-  
kata mutiara yang mesti kita hayati. Dengan menabung, kualiti kehidupan  
yang lebih baik dapat kita nikmati. Wang yang ditabung boleh menjadi modal  
melanjutkan pelajaran demi memberi pulangan kehidupan yang lebih baik  
kepada ayahanda dan bonda tercinta.  

 

Submit a comment:

Name