Di taman permainan Taman Inderapura.Najwa dan rakanya, Umairah sedang berbual tentang rancangan cuti sekolah mereka.
Najwa: Selamat petang, Umairah
Umairah: Selamat petang, Najwa
Najwa: Awak merancang pergi ke mana pada cuti sekolah nanti?
Umairah: Saya dan keluarga merancang ingin pergi ke Genting
Najwa: Wah,seronoknya
Umairah: Awak pula pergi ke mana pada cuti sekolah nanti?
Najwa: Saya pula merancang pergi ke Melaka pada cuti sekolah nanti.
Umairah: Oh,awak menaiki apa ke sana? keretakah?
Najwa: Ya,saya menaiki kereta ke sana. awak pula bagaimana?
Umairah: Saya juga menaiki kereta.Pernahkah awak pergi ke sana?
Najwa: Saya baru pertama kali pergi ke Melaka.Awak pula pernahkah pergi ke sana?
Umairah: Saya sudah pergi ke Genting dua kali kerana melawat saudara saya di sana.
Najwa: Oh,begitu rupanya.Hari pun sudah gelap mari kita pulang ke rumah.
Umairah: Baiklah,mari kita pulang bersama-sama.
|