Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Pengalaman di Putrajaya dan Melaka, by NUR HUSNINA
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak NUR HUSNINA
Title:Pengalaman di Putrajaya dan Melaka
2011-06-08 20:19
     Pada musim cuti sekolah yanag lalu,kami sekeluarga merancang untuk pergi ke Putrajaya dan Melaka.Sebelum pergi ke sana,saya dan ibu menyediakan makanan dan pakaian.Manakala ayah memeriksa kereta supaya tiada kerosakkan. Kami bertolak pada jam 12:00tengah hari. Kami tiba di Putrajaya awal petang itu.Setelah selesai solat Maghrib dan makan malam,kami pun melawat ke Masjid Putrajaya dan Alamanda.  
     Pada keesokkan paginya pula,kami bertolak ke Melaka pada pukul 10:00 dan tiba di sana pada jam 12:00 tengahari.Setibanya di sana kami melawat Taman Mini Malaysia.Terdapat banyak rumah-rumah Tradisional di Malaysia yang dapat saya lihat dan kenali di sana.Sesudah penat bejalan,kami mencari hotel untuk berehat dan makan tengahari.Setelah makan tengahari,kami melawat kota A 'Famosa dan tempat-tempat bersejarah di sekitarnya.Kami juga sempat menaiki bot untuk melawat sekitar perkampungan Baba dan Nyonya.Sesudah penat berjalan,kami kembali semula ke hotel.  
     Setelah semalaman merehatkan diri,keesokkannya kami merancang untuk melawat ke Muzium Kesultanan Melaka pula.Di sana saya dapat melihat banyak peninggalan sejarah dan mengetahui serba sedikit mengenai sejarah Melaka.Di samping itu saya juga dapat mengetahui sejarah pahlawan melayu kita iaitu Hang Tuah.  
     Sebelum pulang,saya sempat membeli sedikit cenderahati untuk diberikan pada teman-teman nanti sebagai kenangan.Walaupun berasa sedih kerana terpaksa meninggalkan melaka,namun saya tetap berasa amat gembira.Ini kerana inilah pengalaman yang amat menyeronokan dapat bercuti bersama keluarga.Sekerinya diberikan peluang lagi,saya ingin kembali semula ke sana pada musim cuti sekolah yang akan datang.  
 

 

Submit a comment:

Name