Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Pengalaman Semasa Cuti Sekolah., by Isma_Shaleena Ismael
Contoh Karangan UPSR
Name:Putrajaya Isma_Shaleena Ismael
Title:Pengalaman Semasa Cuti Sekolah.
2011-06-05 18:50
                                                                8-4-34,Pangsapuri Teratai,  
                                                                Jalan Metafasa U16/3,  
                                                                40150 Shah Alam,  
                                                                Selangor Darul Ehsan.  
 
Menemui sahabatku Miera binti Amnas yang kini berada  
di kampung halamannya semoga berada dalam keadaan sihat selalu.  
Saudari,  
    Bagaimana keadaan saudari sekeluarga di sana?Saya  
di sini sihat sejahtera.Terima kasih kerana menceritakan pengalaman serta beberapa keping gambar yang telah saudari kirimkan kepada saya.Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya semasa cuti sekolah yang lepas.  
    Saya telah bercuti di Melaka Bandaraya Bersejarah.  
Mula-mula,saya bersama keluarga telah berkunjung ke Menara Taming Sari.Sebelum kami menaiki menara tersebut,ayah saya telah membeli tiket berjumlah RM50.50.Kami dapat melihat keindahan alam semula jadi ketika menaiki menara tersebut.  
    Kemudian, kami pergi ke    Taman Rama-Rama.Ia terdapat pelbagai jenis rama-rama seperti'SWIPT dan KOLOWERS.Sebelum pergi ke destinasi seterusnya,kami membeli sedikit cenderahati.Kami berkunjung ke 'KING OF HONEY'.Pekerja di situ membenarkan kami menikmati pelbagai jenis madu yang terdapat disitu.  
    Hari semakin malam.Destinasi kami terakhir ialah 'RIVER CRUISE'iaitu sungai yang terpanjang di Melaka.Terdapat kunang-kunang berkelipan dan sebuah taman tema di sana  
    Sebelum saya mengakhiri warkah ini,kirimkan salam saya kepada saudari.  
Sekian, terima kasih,  
 
                                                                             Yang benar,  
                                                                             ISMA SHALEENA ISMAEL  
 
 
 

 

Submit a comment:

Name