Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku Sehelai Baju, by Isma_ShaleenaIsmael....<3
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Isma_ShaleenaIsmael....<3
Title:Aku Sehelai Baju
2011-06-04 22:13
                 AKU SEHELAI BAJU..............  
        Aku ialah sehelai baju yang sungguh cantik.Aku dilahirkan di sebuah kilang yang sangat besar terletak  
di Shah Alam,Selangor.Namaku ialah 'GIRLS' antara jenama yang paling popular dari kalangan rakan-rakanku.  
     Setelah siap direka,aku dicuba pakai oleh beberapa orang pekerja yang telah membuatku.Kemudian,aku dihantar dan dipamerkan di sebuah butik'Sweet Girls' yang terletak di Kuala Lumpur.Hargaku agak mahal iaitu RM300.00 sehelai.  
     Pada suatu hari,datang seorang perempuan cantik yang amat tertarik dengan reka bentuk dan kehalusan fabrikku.Dia terus membeliku.Namanya ialah Miera dan kini dia telah menjadi tuanku yang baru.  
     Pada keesokkan harinya,tuanku telah memakaiku untuk pergi    ke majlis hari jadi rakannya.Rakan-rakannya telah memuji kecantikkan yang ada pada diriku.Tiba-tiba,salah seorang daripada rakannya telah menumpahkan dakwat hitam pada diriku.Tuanku terus pulang ke rumah untuk mencuci diriku.Walaupun tuanku mencuciku banyak kali,namun dakwat tersebut tidak boleh dihilangkan.  
     Kemudian aku dijadikan sehelai kain buruk.Beginilah riwayatku sebagai sehelai baju..  
 
      
 
     BERWASPADALAH WALAU DIMANAPUN ANDA BERADA.......  
                 TQ.. KERANA MEMBACA KARANGAN  
                                SAYA.........<3  
      
    
 

Submit a comment:

Name