Welcome!

Contoh Karangan UPSR: cara-cara mengisi masa lapang, by fatin fareesya
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor fatin fareesya
Title:cara-cara mengisi masa lapang
2011-06-04 16:47
     Setiap orang pasti mempunyai cara-cara mengisi masa lapang yang tersendiri.Cara-cara mengisi masa lapang dilakukan untuk menjimatkan masa kerana masa itu amat berharga ibarat emas.  
 
     Banyak faedah yang kita boleh dapat jika kita mempunyai cara-cara mengisi masa lapang dengan baik.Contohnya,kita dapat menceburi hobi-hobi yang bermanfaat seperti mengumpul setem.Kita juga akan dapat menambah ilmu pengetahuan.  
 
     Selain itu ,kita dapat membahagikan masa dengan betul.Contohnya,aktiviti bersukan dan beriadah.Akitiviti ini dapat menyihatkan tubuh badan kita.  
 
     Seterusnya,kita juga boleh mendapat faedah dan maklumat.Misalnya,jika kita pergi ke Pusat Sains Negara.Kita dapat melawat tempat yang menarik dan juga beinformasi.  
 
     Membaca buku dapat mengisi masa lapang dengan baik.Kita juga dapat mematangkan minda dengan membaca buku.Selain itu,kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan dengan membaca.  
 
     Pada kesimpulannya,cara-cara mengisi masa lapang sangat penting kepada kita.Oleh itu,gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya.    :)  

 

Submit a comment:

Name