Welcome!

Contoh Karangan UPSR: biodata ibu saya, by Jannatul Farihah
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur Jannatul Farihah
Title:biodata ibu saya
2011-06-03 15:40
Saya mempunyai seorang ibu yang bernama Zaiton Binti Mohd Yahya.Umur beliau ialah 47 tahun.Tarikh lahir ibu saya ialah 24 Ogos 1964.Ibu saya lahir di Kampung Kunci Air,Bagan Datoh,Perak.  
 
Ibu saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Rungkup,Bagan Datoh,Perak.Kemudian,beliau melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah Tun Razak,Bagan Datoh,Perak.Selepas itu,beliau juga melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya,Kuala Lumpur.  
 
Selepas menamatkan pengajian di Universiti Malaya,beliau bertugas di Ranhill Berhad dalam bidang pengurusan sumber manusia.  
 
Ibu saya berkahwin pada umur 23 tahun.Ibu saya melahirkan tiga orang cahaya mata termasuk saya.Ibu saya melahirkan kakak saya pada 15 Februari 1941.Berikutnya ialah kakak kedua saya pada 16 Januari 1991.Dan saya pada 27 Oktober 2000.  
 
Ibu saya mempunyai sikap yang positif antaranya ialah,penyayang,jujur,aktif dan lain-lain.  
 
Saya rasa bertuah kerana mempunyai seorang ibu yang penyayang,jujur.Dan saya rasa gembira kerana ibu saya menyayangi kami dengan sepenuh hati.
 

Submit a comment:

Name