Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Peristiwa Lucu Yang Saya Alami, by M.Pavithran 6 UPM
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor M.Pavithran 6 UPM
Title:Peristiwa Lucu Yang Saya Alami
2011-06-02 20:42
        Di luar hujan semakin lebat.Aku mula berasa takut tinggal sendirian di bilik.Sesekali aku manjenguk keluar tingkap melihat kalau-kalau ayah dan ibuku sudah pulang.Namun aku hampa.  
        Dalam hati aku menyesal kerana tidak mengikut mereka keluar tadi.Ayah dan ibuku agak hairan apabila aku membuat keputusan untuk tinggal di rumah atas alasan mengantuk.Malangnya,hingga kini aku masih tidak melelapkan mata.  
         Tiba-tiba,aku terdengar suara orang ketawa mengilai-ilai. Sejurus kemudian,aku mendengar pula suara orang menangis dan maenjerit-jerit pula.Suara-suara itu datang dari arah ruang tamu di tingkat bawah.  
         Aku semakin takut.Tubuhku menggigil.Macam-macam yang bermain di benakku.Aku mengambil bantal lalu manekup telingaku sehingga aku melelap.  
         Keesakannya,aku menceritakan peristiwa itu kepada ayah dan ibuku.Mereka tertawa lalu menyatakan suara-suara itu ialah dari televisyen yang terpasang.Pada mulanya aku tidak mendengar apa-apa kerana hujan lebat tetapi apaqbila hujan mulai reda barulah aku dapat mendengar suara-suara itu.  
         Kini barulah aku tahu semua suara yang menakutkan itu berpunca daripada kesilapanku.Aku terlupa untuk menutup suis televisyen sebelum masuk ke bilikku.
 

Submit a comment:

Name