Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Cara-cara Menghargai Jasa Guru, by Luvaasheree Krishna Veni
Contoh Karangan UPSR
Name:Singapore Luvaasheree Krishna Veni
Title:Cara-cara Menghargai Jasa Guru
2011-05-31 20:09
Kira-kira lima jam setengah minit, kita manghabiskan masa di sekolah. Dalam tempoh itu, kita dijaga, diberi pendidikan, dibentuk menjadi manusia berguna oleh guru. Guru laksana ibu dan ayah kita di sekolah, sudah sewajarnya jasa guru patut kita balas.  
     Salah satu cara untuk membalas jasa guru adalah dengan belajar bersungguh-sungguh. Sebagai contoh, latihan yang diberi oleh guru hendaklah disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Guru kita akan berasa berbesar hati apabila anak muridnya berjaya kerana apa yang diajarnya dimanfaatkan oleh anak didiknya.  
     Pada Hari Guru pula, berilah hadiah kepada guru yang mengajar kita. Sebagai contoh memberi pen, bunga, kad ataupun ucapan penghargaan. Perbuatan yang kita lakukan membuatkan guru terasa dirinya dihargai dan terharu, kerana apa yang dilakukan selama ini rupa-rupanya menjadi ingatan kepada anak muridnya.  
     Cara membalas jasa guru guru boleh juga ditunjukkan dengan menjadi manusia yang berkeperibadian mulia. Apabila bertemu dengan guru, lemparkanlah senyuman dan ucapkan salam. Jika sikap berhemah ini kita amalkan, sudah tentu guru akan berasa gembira.  
     Kita perlu mengenang jasa merekan sepanjang hayat. Kejayaan seorang pemimpin mentadbir negara dan kejayaan seorang doktor melakukan pembedahan adalah hasil kegigihan seorang guru menyuntik ilmunya. Kejayaan anak didiknya itulah yang memberi semangat kepada seorang guru untuk terus mengasuh dan mendidik.  
     Sesungguhnya pengorbanan guru diibaratkan sebagan lilin yang menegani orang lain dengan membakan diri sendiri. Oleh itu, sewajarnyalah kita menghargai jasa dan pengorbanan para guru. Tanamkanlah dalam hati untuk menjadi insan yang berjaya dalam bidang akademik, kokurikulam dan berkeperibadian yang mulia.
 

Submit a comment:

Name