Welcome!

Contoh Karangan UPSR: aktiviti gotong royong membersihkan kawasan sekolah, by
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor
Title:aktiviti gotong royong membersihkan kawasan sekolah
2011-05-28 22:44
                Laporan Aktiviti Gotong-Royang Membersihkan  
                                     Kawasan Sekolah  
          
             Pada 13 Mei 2010,Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah.Semua murid hadir pada hari tersebut.  
                  
                Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah.Selain itu,aktiviti ini diadakan adalah untuk mengeratkan sirraturrahim antara murid.  
 
                 Sebelum aktiviti gotong-royong diadakan,majlis perasmian daripada Guru Besar telah diadakan.Guru Besar turut memberikan sedikit ucapan.Dalam ucapan tersebut,Guru Besar menyeru kepada murid-murid agar sentiasa menjaga kebersihan kawasan sekolah.  
 
                 Sepanjang aktiviti gotong-royong tersebut,murid-murid dibahagikan kepada enam kumpulan.Ada yang membersihakan masjid,menyapu sampah,mengelap tingkap dan sebagainya.Dengan ini,semangat kerjasama dapat dipupuk di antara murid.  
 
                 Sebelum pulang,murid-murid dijemput untuk menghadiri jamuan di kantin.Pelbagai juadah yang disediakan.Antaranya ialah kuih-muih dan minuman ringan.  
 
                    Aktiviti gotong-royong ini telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancaang.Kami berharap agar aktiviti ini dapat dilakukan pada setiap tahun.  
 
Laporan disediakan oleh,  
 
[NURUL FATIHAH BT JAMAL]  
 
Kelas 5 Bestari,  
Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri.
 

Submit a comment:

Name