Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Ketua Darjah yang Paling Saya Hormati, by Nur Sabiha
Contoh Karangan UPSR
Name:N. Sembilan Nur Sabiha
Title:Ketua Darjah yang Paling Saya Hormati
2011-05-27 19:27
     Setiap orang mempunyai ketua darjah yang paling dihormati oleh mereka.Saya juga mempunyai ketua darjah yang paling saya hormati.  
     Ketua darjah yang saya hormati ialah Loh Yew Yong.Yew Yong berumur 12 tahun dan sekelas dengan saya.  
     Yew Yong merupakan ketua darjah yang bertanggungjawab di kelas.Dia selalu memastikan peraturan disiplin di dalam kelas berjalan dengan lancar.Apabila guru tiada di kelas,dia akan memastikan murid-murid tidak berbuat bising.  
     Yew Yong seorang yang rajin dalam pelajaran.Dia sering dapat pertama dalam peperiksaan yang dijalankan oleh pihak sekolah.Dia juga sering membantu rakan-rakannya yang lemah dalam pelajaran.  
     Dia juga aktif dalam kokurikulum.Dia menjadi ketua pasukan dalam permainan bola tampar.Pasukannya telah menjadi johan tiga kali berturut-turut pada peringkat daerah.  
     Yew Yong seorang yang adil dalam menjalankan tugasnya.Dia tidak memilih bulu ketika menjalankan tugas.Sekiranya rakan baiknya melanggar peraturan sekolah,dia tidak teragak-agak mengambil tindakan.  
     Saya berharap dia sentiasa sihat di samping keluarganya. Kami juga mempunyai harapan yang sama iaitu untuk berjaya dalam pelajaran terutama dalam peperiksaan UPSR akhir kata tahun ini.
 

Submit a comment:

Name