Welcome!

Contoh Karangan UPSR: sahabat baik saya, by
Contoh Karangan UPSR
Name:Melaka
Title:sahabat baik saya
2011-05-21 18:28
    Setiap manusia di muka bumi ini pasti memerlukan sahabat.begitu juga dengan saya.Nama saya Nur Khairunisa Bt.Mohd Karim.Saya mempunyai seorang sahabat karib yang seusia dengan saya.  
    Namanya Amirah Hamizah Bt.Rosli.Kami belajar di Sekolah Kebangsaan Telok Mas.Sekarang kami berusia 12 tahun.Saya memanggilnya Mira kerana bagi saya nama panggilan itu lebih mudah dan ringkas.  
    Pada waktu rehat,kami sering rehat bersama-sama.Jika saya membawa bekalan makanan dari rumah,kami akan berkongsi bersama-sama.Jika Mira pula yang membawa bekalan,kami juga akan menikmati bekalan itu bersama-sama.  
    Mira seorang murid yang bijak dan cemerlang di sekolah.Jadi saya tidak melapaskan peluang untuk belajar bersama-samanya.  
    Pada suatu hari,Mira memberitahu kepada saya bahawa ibunya hendak berpindah ke suatu tempat lain.Saya berasa amat sedih.Tetapi,dengan takdir Allah s.w.t dia dan keluarganya tidak jadi berpindah ke tempat itu.  
    Saya dan Mira berasa amat gembira dan berharap agar kami tidak berpisah.
 

Submit a comment:

Name