480, Jalan Tengah ,
Kampung Nakhoda ,
68100 Batu Caves ,
Selangor Darul Ehsan .
20 Mei 2011
Menemui sahabatku yang bernama . Apa khabar saudara di sana ? Saya disini sihat-sihat sahaja . Semoga saudara sihat-sihat sahaja hendaknya .
Saudara,
Sudah lama kita tidak bersua . Terasa rindu di dalam hati . Saya dimaklumkan dalam surat saudara tempoh hari bahawa saudara ingin mengetahui tempat-tempat perlancongan yang menarik di Malaysia .
Terdapat pelbagai tempat yang menarik di Malaysia . Antaranya adalah di Melaka . Melaka tergolong dalam tempat yang paling bersejarah di Malaysia .
Jika anda ke Melaka , anda boleh lawati Zoo Melaka . Terdapat pelbagai haiwan yang saudara boleh lihat . Saudara juga boleh membeli cenderahati di situ .
Seterusnya , Taman Mini juga terdapat di kota Melaka . Di situ terdapat contoh-contoh rumah di Sarawak, Sabah dan macam - macam lagi .
Sampai disini sahaja surat saya pada kali ini . Sampaikan salam saya kepada keluarga saudara . Sehingga berjumpa lagi .
Yang Benar ,
Sofiya
|