Welcome!

Contoh Karangan UPSR: cara-cara menjaga keselamatan diri di jalan raya, by asyraaf aiman
Contoh Karangan UPSR
Name:Pulau Pinang asyraaf aiman
Title:cara-cara menjaga keselamatan diri di jalan raya
2011-05-18 02:48
Selamat pagi saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bertam Indah, guru-guru penolong kanan, guru-guru serta rakan-rakan yang saya hormati. Pada pagi ini, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk, 'Cara-cara Menjaga Keselamatan Diri Di Jalan Raya'.  
 
Hadirin yang saya hormati,  
            Jalan raya merupakan tempat yang digunakan oleh orang ramai untuk pergi ke sesuatu destinasi. Oleh yang demikian, jalan raya akan dipenuhi dengan pelbagai jenis kenderaan seperti kereta, motosikal, bas, lori dan sebagainya. Hal ini menunjukkan bahawa walaupun jalan raya merupakan suatu kemudahan namun di situ juga terdapat bahaya yang tidak diundang jika kita mengabaikan aspek keselamatan.  
 
            Sebagai murid, kita biasanya akan menggunakan basikal semasa datang ke sekolah. Oleh itu, amatlah penting jika kita memastikan ciri-ciri keselamatan pada basikal seperti brek, tayar, rantai dan sebagainya berada dalam keadaan yang baik. Selain itu, kita juga janganlah bergurau semasa menunggang basikal kerana itu boleh mengundang bahaya.  
 
Rakan-rakan yang saya hormati,  
            Sekiranya kita menunggang motosikal, kita hendaklah memakai topi keledar kerana topi tersebut dapat mengelakkan kita daripada mendapat kecederaan yang teruk jika berlaku kemalangan. Banyak kes kemalangan maut yang melibatkan motosikal berlaku akibat penunggang dan pembonceng tidak memakai topi keledar.  
 
            Di samping itu, kita juga hendaklah menerapkan nilai-nilai murni dalam diri agar kita tidak melakukan sesuatu yang berbahaya semasa berada di jalan raya seperti berlumba haram, merempit, melakukan aksi-aksi yang mengundang bahaya dan sebagainya. Kebanyakan kemalangan yang berlaku disebabkan sikap pengguna jalan raya yang cuai dan tidak sabar semasa memandu.  
 
            Saya yakin dengan sikap berhati-hati semasa berada di jalan raya akan dapat mengurangkan kes kemalangan dan seterusnya memastikan bahawa jalan raya ialah tempat yang selamat.  
 
            Sekian, terima kasih.  
 
 

 

Submit a comment:

Name