Welcome!

Contoh Karangan UPSR: buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali, by nur diyana najwa
Contoh Karangan UPSR
Name:Kelantan nur diyana najwa
Title:buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali
2011-05-15 17:27
Buat Baik Berpada-pada, Buat Jahat Jangan Sekali  
 
Peribahasa merupakan kalimat indah yang dicipta oleh orang-orang tua dahulu yang berperanan menasihati,mendidik,menyindir, dan member peringatan kepada masyarakat. Hingga kini peribahasa masih dipelajari dan diamalkan dalam hidup sehari-hari.  
 
Peribahasa yang menarik untuk dibincangkan ialah Buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali. Peribahasa ini bermaksud jika berbuat baik jangan berlebihan dan jangan sesekali membuat kejahatan. Peribahasa ini menggesa kita sentiasa berbuat kebaikan tetapi dalam batas-batas tertentu.  
 
Membuat baik memang digalakkan. Tetapi apa yang berlaku ialah,untuk mengelakkan teman daripada jauh hati,kita diajak mencuri pun kita sanggup ikut. Peribahasa ini meminta kita menberi sempadan terhadap sesuatu pekerjaan yang kita lakukan.  
 
Kejahatan memang ditegah oleh agama dan cara hidup kita. Sikap kita yang melakukan kejahatan bukan hanya menyusahkan diri sendiri,tetapi teman-teman,keluarga,dan masyarakat. Jadi,sebelum membuat perkara yang negatif,fikirkan perasaan orang lain.  
 
Namun begitu,apa yang penting,buatlah kebaikan tanpa meminta balasan. Biarlah kebaikan kita tidak menjadi buah mulut,tetapi yang    penting keikhlasan kita akan mendapat balasan daripada Allah. Jadi,diharapkan kita sentiasa membuat kebaikan yang tiada hadnya.  
 
Sebagai seorang murid,banyak lagi yang boleh kita pelajari untuk menjadikan kita sentiasa membuat kebaikan. Tanyalah guru dan ibu bapa,batas-batas kebaikan yang wajar kita lakukan. Dalam waktu yang sama,elakkan daripada membuat sebarang kejahatan.  
 
Sesungguhnya,peribahasa ini masih lagi sesuai diamati dan diamalkan dalam kehidupan kita sehari-hari. Jika bukan kita,siapa lagi yang boleh diharapkan?  
 

 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
nnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn. nnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn. nnnnnnnnn, (2016-08-06 18:52)
nnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn*- nnn
 
, (2016-08-06 18:52)
hhhhh
 
Submit a comment:

Name