Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Sahabat Karib saya, by Lim Wei Sheng
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak Lim Wei Sheng
Title:Sahabat Karib saya
2011-05-11 14:59
Setiap orang pasti mempunyai sahabat karib,begitu juga dengan saya.Sahabat karib saya ialah Tan Tian Wei.Hubungan kami seperti isi dengan kuku.  
Tian Wei sebaya dengan saya.Kami belajar di sekolah yang sama iaitu SJK© Chong Min.Selain itu, kami juga merupakan rakan sekelas di sekolah.Rumah Tian wei berhampiran dengan rumah saya.Oleh itu,kami akan pergi ke sekolah bersama-sama setiap pagi.  
Bapa Tian Wei bekerja sebagai seorang jurutera manakala ibunya ialah seorang guru. Tian Wei mempunyai dua orang adik lelaki.Dia merupakan anak sulung dalam keluarganya.  
Kami juga mempunyai minat yang sama iaitu membaca buku dan bermain badminton.Kami sering pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku.Selain itu,kami juga bertukar-tukar buku untuk menambahkan ilmu pengetahuan.  
Pada masa lapang,kami juga akan bermain badminton bersama-sama.Kami selalu menyertai pertandingan badminton di sekolah.Mata pelajaran kegemaran Tian Wei ialah Bahasa Cina.Oleh itu, keputusan mata pelajaran Bahasa Cina Tian Wei cemerlang dan selalu dipuji oleh cikgu.  
Saya berasa bertuah kerana mempunyai seorang sahabat karib yang baik seperti Tian Wei.Saya berharap hubungan kami akan kekal selama-lamanya.  
 

 

Submit a comment:

Name