Welcome!

Contoh Karangan UPSR: budi bahasa budaya kita, by T.Nesanth
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor T.Nesanth
Title:budi bahasa budaya kita
2011-05-10 20:28
    Salam sejahtera saya ucapkan .yanh berusaha en.prateep ,guru besar sekolah kebangsaan bendang raja,guru-guru,serta rakan-rakan yang saya kasihi.sempena pelancaran minggu bahasa sekolah kita,saya akan menyampaikan sebuah syarahan bertajuk "budi bahasa budaya kita".  
 
        hadirin sekalian,  
 
    Sebagai manusia yang mendiami muka bumi ini, kita akan sentiasa berhubung dengan insan-insan lain di sekeliling kita. Oleh itu,kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mengeratkan dengan apa cara sekalipun. Pepatah melayu ada mengatakan ,"orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa". Hal ini menunjukkan amalan berbudi bahasa amat digalakan dalam masyarakat agar kita akan hidup harmoni.  
        Hadirin yang Dihormati,  
     Setiap agama juga menyeru supaya kita sentiasa berbaik-baik dengan semua orang, bersikap merendah diri dan sentiasa menyanjung dan menghormati orang lain tanpa mengira pangkat, bangsa atau agama. Amalan berbudi bahasa akan menampilkan peribadi yang berhemah tinggi.  
        Hadirin sekalian,  
     Seseorang juga mempunyai sahsiah yang mulia ini disegani dan dihormati di dalam masyarakat. Semua orang akan berasa mesra dan mudah untuk mendekati tanpa rasa segan silu. Malahan juga, seseorang yang berbudi bahasa akan disukai ramai orang di sekelilingnya.  
     Amalan berbudi ini amat didhargai dan dikenang sehingga akhir hayat kerana budi yang diberi dengan ikhlas tiada bandingnya dan sukar dibalas dengan harta benda. Mka, akan disimpan sebagai suatu pemberian yang sangat berharga dan sukar dibalas atau diganti.Begitulah betapa tingginya pengiktirafan yang diberi kepada budi.  
        Hadirin Sekalian,  
     Oleh itu, saya menyeru agar kita akan sentiasa amalkan berbudi bahasa ini dalam kehidupan seharian kita agar menjadi insan yang disukai dan diingati sepanjang hayat kerana budi bahasa yang ada pada kita. Sebelum saya mengundur diri izinkan saya berpantun:  
          
                    Yang kurik itu kundi,  
                        Yang merah itu saga;  
                    Yang cantik itu budi,  
                        Yang indah itu bahasa.  
              
             Sekian, terima kasih..
 

Submit a comment:

Name