Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Budaya Membaca, by Conny
Contoh Karangan UPSR
Name:Conny
Title:Budaya Membaca
2011-05-05 20:24
Budaya membaca perlu dijadikan amalan hidup kita. Hal ini demikian kerana budaya ini dapat membantu kita menambah ilmu pengetahuan. Jika seseorang itu kurang membaca, hidupnya tidak upah seperti katak dibawah tempurung.  
     Namun begitu, dalam masyarakat kita pada hari ini, budaya membaca kurang mendapat perhatian. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, hanya 38% daripada rakyat Malaysia yang gemar membaca. Hal ini berbeza sekali dengan keadaan di negara Jepun. Kira-kira 74.6% daripada rakyat negara itu gemar membaca.  
     Malang sungguh negara kita jika masalah ini tidak ditangani dengan segera. Dalam usaha mencapai Wawasan 2020, negara kita amat memerlukan golongan cerdik pandai untuk memajukan negara. Namun, bagaimanakah hasrat ini dapat dijelmakan jika rakyatnya tidak gemar membaca ?  
     Justeru, suatu usaha yang menyeluruh perlu dilakukan untuk memupuk budaya membaca. Ibu bapa dan pihak sekolah perlulah memainkan peranan mereka dengan lebih berkesan. Hal ini penting kerana budaya ini perlu dipupuk dari peringkat awal lagi. Bak kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya.  
     Selain itu, pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran perlu mengambil langkah bijak. Program yang dapat memupuk budaya membaca seperti Bulan Membaca Kebangsaan dan Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) perlu dipergiat. Dengan adanya program-program seperti ini, minat murid-murid untuk membaca dapat ditingkatkan.  
     Sebagai kesimpulannya, untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat kita, semua pihak perlu bekerjasama. Hasrat ini sukar untuk dicapati sekiranya hanya sesetengah pihak sahaja yang sudi menghulurkan bantuan.  
 

 

Submit a comment:

Name