Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Pulang ke Kampung, by Nurin Alya
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Nurin Alya
Title:Pulang ke Kampung
2011-05-04 02:02
     Pada cuti hujung minggu yang lalu,saya dan keluarga pulang ke kampung untuk menziarahi datuk dan nenek.Kami pergi ke sana dengan menaiki kereta.  
        Tiba di kampung,saya terus memeluk dan bersalaman dengan datuk dan nenek.Selepas itu,kami mengeluarkan beg dan mengemas pakaian.Setelah selesai mengemas,nenek memanggil kami untuk turun makan tengah hari.Nenek memasak kari kepala ikan,sambal belacan dan sayur kubis.Selesai makan,kami sekeluarga pun berehat sambil berbual-bual di ruang tamu bersama datuk dan nenek.  
         Pada waktu petang,saya menemani nenek pergi ke dusunnya.Di dusun nenek mempunyai pelbagai jenis buah-buahan.Antaranya,buah rambutan,buah durian,buah langsat dan sebagainya.Saya dan nenek ingin memetik buah rambutan untuk dimakan bersama keluarga.Pulang sahaja dari dusun,saya terus menolong ibu dan nenek untuk menyiapkan makan malam.  
            Pada keesokan harinya,saya bangun awal unutk mendirikan solat Subuh bersama keluarga.Selesai solat,saya menolong ibu dan nenek menyiapkan sarapan.Pada pagi itu,nenek mahu memasak mi goreng istimewa untuk kami.Setelah bersarapan,saya dan datuk pergi ke sawah padinya yang terbentang luas bagai lautan.Di sana,saya diajar oleh datuk bagaimana cara menanam padi.Pengalaman semasa menanam padi amat menyeronokkan.  
             Selepas itu,kami sekeluarga pergi ke sungai yang berdekatan dengan rumah nenek untuk mandi-manda.Air sungainya yang deras dan bersih membuatkan kami lebih seronok untuk mandi.Nenek dan ibu telah menyediakan bekalan unutk kami sekeluarga semasa di sana.Nenek dan ibu membawa ayam goreng,nasi goreng dan air sirap.Kami menikmati bekalan itu dengan penuh berselera.  
                Pada keesokan harinya pula,kami mengemas pakaian untuk pulang ke rumah.Kami berasa sangat sedih kerana terpaksa meninggalkan datuk dan nenek.Kami berjanji akan pulang ke kampung selepas ini.
 

Submit a comment:

Name