Welcome!

Contoh Karangan UPSR: pengalaman yang tidak dapat dilupakan, by aliff iskandar
Contoh Karangan UPSR
Name:Kedah aliff iskandar
Title:pengalaman yang tidak dapat dilupakan
2011-05-02 23:03
     Setahun yang lalu,aku dan abang pergi memancing.Kami memancing di sebuah lombong lama yang berada tidak jauh dari rumah kami.Kami pergi ke sana dengan menunggang basikal.Kami juga turut membawa dua batang joran dan umpan.  
 
      
 
     Setelah tiba di sana,aku dan abang meletakkan basikal kami di bawah sebatang pokok.Aku mencari tempat yang sesuai lalu terus memancing.  
 
 
 
     Sementara menunggu joranku ditarik,aku berbual-bual dengan abang.Abang menceritakan pengalamannya semasa dia seusia dengan aku.Tiba-tiba joranku ditarik dengan amat kuat,aku berasa amat gembira.Entah bagaimana,aku tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai.Walaupun aku pandai berenang,tetapi aku tidak dapat melawan arus sungai yang deras.Aku menjerit meminta tolong.  
 
      
      
     "Abang,abang"jeritku.Dengan pantas,abang segera terjun ke dalam sungai untuk menolongku.Kemudian abang membawaku ke tepi sungai.Abang menjadi amat letih lalu hanyut dibawa oleh arus sungai yang deras.Aku menjadi kaku dan tidak tahu untuk membuat apa-apa.  
 
 
     Tiba-tiba,ayah menepuk bahuku sambil berkata "Aliff,sudahlah".air mata jatuh membasahi pipiku apabali mengingati peristiwa itu.Itulah peristiwa yang tidak dapat aku lupakan.  
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Submit a comment:

Name